Thursday 8 October 2015

PIAWAIAN PERANCANGAN

PERUMAHAN BERTANAH : RUMAH TERES KOS
SEDERHANA DAN SEDERHANA TINGGI


SEDERHANA DAN SEDERHANA TINGGI

KOS  SEDERHANA
KOS SEDERHANA TINGGI
Lot Minimum
6.10 m X 21.34 m (20’ x 70’) [ X x Y ]

6.10 m X 21.34 m (20’ x 70’) [ X x Y ]
Purata Densiti
14 unit/ekar
12 unit/ekar
Luas Ruang Lantai Minimum 
74.45 mp (801 kp)
83.72mp (901 kp)
Bilangan Tingkat  Maksimum
2 ½
Jalan  Perkhidmatan 
12.2m (40’)(Minimum)
Jalan Buntu (Cul-de-sac)
Panjang “cul-de-sec” tidak melebihi 300m (984’)
Lorong Belakang
3.04 m (10’)(Minimum)
Lorong Pemisah / Lorong Tepi  (fire break )
6.10 m (20’)  jarak antara dinding ke dinding bangunan
Anjakan Bangunan



Rujuk Rajah 3.4.2.2
·         Menghadap /bersempadan jalan perkhidmatan
            [6.10 m (20’)]
·         Belakang [3.04 m (10’)]
·         Tepi 6.10 m (20’)
·         Tiang anjung kereta dari jalan 3.04 m (10’)
Cucur Atap (roof eave) Jarak maksimum yang dibenarkan memasuki anjakan bangunan.
1 m (3’3”)
Panjang blok teres
Maksimum 97.5 m (320’) (18 unit)
Jarak antara belakang bangunan
4.6 m (15’)
(Pengubahsuaian struktur bangunan tidak dibenarkan memasuki kawasan lorong belakang)
Balkoni
Tidak dibenarkan keluar daripada garisan anjakan bangunan




         



















Piawaian perancangan perumahan

Perumahan Bertanah : Rumah Teres Kos Rendah & Sederhana Rendah


KOS RENDAH
KOS SEDERHANA RENDAH
Lot Minimum
5.47 m X 18.29 m (18’ x 65’)
5.47 m X 19.81 m (18’ x 70’)
Purata Densiti
16 unit/ekar
14 unit/ekar
Luas Ruang Lantai Minimum 
65.03 mp (700 kp)
69.8 mp (800 kp)
Bilangan Tingkat  Maksimum
2 ½
Jalan  Perkhidmatan 
12.2m (40’)(Minimum)
Jalan Buntu (Cul-de-sac)
Panjang “cul-de-sec” tidak melebihi 300m (984’)
Lorong Belakang
3.04 m (10’)(Minimum)
Lorong Pemisah / Lorong Tepi  (fire break )
6.10 m (20’)  jarak antara dinding ke dinding bangunan
Anjakan Bangunan



Rujuk Rajah 3.4.2.1
·         Menghadap /bersempadan jalan perkhidmatan
            [6.10 m (20’)]
·         Belakang [1.52 m (5’)]
·         Tepi 6.10 m (20’)
·         Tiang anjung kereta dari jalan 3.04 m (10’)
Cucur Atap (roof eave) Jarak maksimum yang dibenarkan memasuki anjakan bangunan.
1 m (3’3”)
Panjang blok teres
Maksimum 97.5 m (320’) (18 unit)
Jarak antara belakang bangunan
4.6 m (15’)
(Pengubahsuaian struktur bangunan tidak dibenarkan memasuki kawasan lorong belakang)
Balkoni
Tidak dibenarkan keluar daripada garisan anjakan bangunan





































Permohonan Kelulusan Pelan Bangunan



         Sebelum kerja-kerja pendirian bangunan dimulakan, kelulusan pelan bangunan perlulah terlebih dahulu diperolehi bagi memastikan bangunan yang didirikan adalah mematuhi piawaian dan garis panduan yang telah ditetapkan . Di peringkat ini, permohonan hendaklah dihantar ke Jabatan Bangunan Pihak Berkuasa Tempatan . Seperti juga permohonan kebenaran merancang, permohonan kelulusan pelan bangunan juga perlu dirujuk ke jabatan-jabatan teknikal untuk mendapatkan ulasan dan perakuannya          .
Pihak Berkuasa Tempatan akan menimbangkan ulasan dan perakuan dari jabatan-jabatan teknikal yang telah dirujuk dan membawa permohonan berkenaan ke Mesyuarat Majlis Penuh Pihak Berkuasa Tempatan untuk dipertimbangkan . Pihak Berkuasa Tempatan seterusnya memaklumkan keputusan yang dibuat oleh Mesyuarat Majlis Penuh kepada pemohon .


Senarai semak dokumen permohonan pelan bangunan

1.      Surat permohonan yang ditandatangani oleh pemilik dan arkitek / pelukis pelan berdaftar / jurutera.
2.      Salinan Borang A
3.      Bayaran fi permohonan pelan bangunan
4.      Salinan resit semasa cukai tanah
5.      Salinan resit semasa cukai taksiran (jika berkaitan)
6.      Surat carian rasmi dan surat hakmilik tanah
7.      Surat / Sijil Kebenaran Merancang yang sah laku
8.      Pelan-pelan yang disahkan oleh Arkitek / Pelukis Pelan Berdaftar / Jurutera :
                                                                                                                    i.            Pelan Susun atur (yang telah lulus)
                                                                                                                  ii.            Pelan Bangunan
                                                                                                                iii.            Pelan Sanitari
                                                                                                                iv.            Pelan Konkrit Tetulang
                                                                                                                  v.            Pelan Jalan dan Parit
                                                                                                                vi.            Pelan Cadangan Nama Jalan

Permohonan Pecah Sempadan / Penyatuan / Pecah Bahagian

Setelah kelulusan kebenaran merancang diberi oleh Pihak Berkuasa Perancang Tempatan, permohonan berkaitan seterusnya akan dibawa ke Pejabat Tanah Daerah untuk mendapatkan kelulusan muktamad ubah syarat dan kelulusan pecah  sempadan . Pemohon perlu menyediakan  pelan pra-hitungan oleh Juruukur tanah berlesen berdasarkan kepada pelan susunatur yang telah diperakukan oleh Jabatan Perancangan Bandar dan Desa  . Pejabat Tanah dan Daerah akan menyediakan satu laporan berkenaan permohonan berkaitan untuk dihantar kepada Pengarah Tanah dan galian dan dibawa ke Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri(MMKN) .

             Keputusan MMKN ini akan dibawa ke Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Negeri untuk diperakukan . Jabatan Perancang Bandar dan Desa Negeri akan menyerahkan perakuan yang telah diberi terhadap permohonan tersebut kepada Pihak Berkuasa Tempatan Perancang Tempatan untuk perakuan . Perakuan ini seterusnya akan diserahkan semula kepada Pejabat Tanah dan Galian untuk dimaklumkan keputusan permohonan kepada Pejabat Tanah Daerah            .

Setelah Pejabat Tanah Daerah menerima keputusan permohonan daripada Pejabat Tanah dan Galian, Pejabat Tanah Daerah akan bertindak untuk memaklumkan keputusan tersebut kepada pemohon . Bagi permohonan yang diluluskan, Pejabat Tanah Daerah akan memberitahu pemohon mengenai bayaran-bayaran yang perlu dijelaskan semasa permohonan diproses seperti bayaran ukur (termasuk tanda sempadan) jika pengukuran dikehendaki dilakukan oleh Jabatan Ukur, dan bayaran bagi penyediaan dan pendaftaran hakmilik tetap untuk bahagian yang pecah sempadan . Pemaju seterusnya memohon Lesen Pemaju Perumahan dari Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan bagi pemajuan-pemajuan yang melibatkan pembangunan kawasan perumahan  .