Thursday 8 October 2015

Permohonan Pecah Sempadan / Penyatuan / Pecah Bahagian

Setelah kelulusan kebenaran merancang diberi oleh Pihak Berkuasa Perancang Tempatan, permohonan berkaitan seterusnya akan dibawa ke Pejabat Tanah Daerah untuk mendapatkan kelulusan muktamad ubah syarat dan kelulusan pecah  sempadan . Pemohon perlu menyediakan  pelan pra-hitungan oleh Juruukur tanah berlesen berdasarkan kepada pelan susunatur yang telah diperakukan oleh Jabatan Perancangan Bandar dan Desa  . Pejabat Tanah dan Daerah akan menyediakan satu laporan berkenaan permohonan berkaitan untuk dihantar kepada Pengarah Tanah dan galian dan dibawa ke Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri(MMKN) .

             Keputusan MMKN ini akan dibawa ke Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Negeri untuk diperakukan . Jabatan Perancang Bandar dan Desa Negeri akan menyerahkan perakuan yang telah diberi terhadap permohonan tersebut kepada Pihak Berkuasa Tempatan Perancang Tempatan untuk perakuan . Perakuan ini seterusnya akan diserahkan semula kepada Pejabat Tanah dan Galian untuk dimaklumkan keputusan permohonan kepada Pejabat Tanah Daerah            .

Setelah Pejabat Tanah Daerah menerima keputusan permohonan daripada Pejabat Tanah dan Galian, Pejabat Tanah Daerah akan bertindak untuk memaklumkan keputusan tersebut kepada pemohon . Bagi permohonan yang diluluskan, Pejabat Tanah Daerah akan memberitahu pemohon mengenai bayaran-bayaran yang perlu dijelaskan semasa permohonan diproses seperti bayaran ukur (termasuk tanda sempadan) jika pengukuran dikehendaki dilakukan oleh Jabatan Ukur, dan bayaran bagi penyediaan dan pendaftaran hakmilik tetap untuk bahagian yang pecah sempadan . Pemaju seterusnya memohon Lesen Pemaju Perumahan dari Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan bagi pemajuan-pemajuan yang melibatkan pembangunan kawasan perumahan  .

No comments:

Post a Comment