APA ITU PERANCANGAN PEMBANGUNAN TANAH UNTUK SKIM PERUMAHAN?
dimana
pelbagai konsep perumahan telah diperkenalkan dalam memenuhi keperluan
dan
kehendak setiap pembeli. Begitu juga di negara kita, terdapat pelbagai konsep perumahan
yang diketengahkan dalam memastikan keselesaan rakyat terjamin disamping memberi
kepuasan kepada semua pihak.
Dalam
pindaan 2007Akta Hak milik Strata 1985, konsep hak milik strata juga telah diperluaskan bagi kegunaan petak-petak tanah
‘land parcels’ di atas tanah berimilik. Sementara itu, AktaHakmilik Strata 1985
dan Akta Bangunan dan Harta Bersama (Penyelenggaraan dan Pengurusan) 2007 pula
telah diselaraskan untuk membantu pelaksanaan konsep pembangunan GACOS.
Tujuannya adalah untuk memperluaskan konteks jentera perundangan ‘legal machinery’
pengeluaran hakmilk strata kepada hartanah bertanah ‘landed property’ di
samping menjadikan Akta Hakmilk Strata 1985
responsif kepada keperluan semasa pembangunan skim strata.
Dalam membangunkan tanah yang
dimiliki untuk tujuan skim perumahan, pelbagai proses yang melibatkan jabatan-jabatan
kerajaan harus dijalani dan ini sering menjadi kekeliruan pihak pemaju yang
terutamanya pihak pemaju baru. Selain itu, proses pembangunan tanah untuk skim
perumahan ini sebenarnya tidak serumit yang seperti diperkatakan oleh orang
awam. Oleh itu, sumber-sumber untuk memudahkan pengurusan pihak pemaju baru bagi
tujuan pembangunan ini harus dipertingkatkan lagi.Dengan melalui wujudnya blog
bagi menjelaskan proses-proses pembangunan tanah untuk skim perumahan ini,
pengurusan pihak pemaju dapat dipermudahkan.
No comments:
Post a Comment