Thursday 8 October 2015

PROSES UBAH SYARAT

PROSES UBAH SYARAT


Proses Ubah syarat tanah melibatkan peruntukan di bawah seksyen 124 Kanun Tanah Negara 1965 iaitu kuasa pihak berkuasa Negeri untuk mengubah syarat dan lain-lain atas permohonan pemilik tanah . Pemohon dikehendaki mengubah syarat kegunaan tanahnya kepada jenis kegunaan tanah yang hendak dimajukan sekiranya syarat kegunaan tanahnya berlainan dengan kegunaan tanah yang hendak dimajukan . Namun, sekiranya kegunaan tanah yang dicadangkan untuk  dimajukan sama dengan kegunaan tanah semasa, tanah tersebut tidak perlu melalui proses ubah syarat.



Langkah pertama: Pejabat Tanah Daerah menerima permohonan untuk ‘Ubah     Syarat’.

Langkah kedua : Pejabat Tanah Daerah (PTD) membuat laporan penuh mengenai tanah pemohon.


Langkah ketiga : Pejabat Tanah Daerah akan merujukkan permohonan kepada jabatan-jabatan                                   berkaitan .


Langkah keempat : Pejabat Tanah Daerah menyedia dan mengemukakan laporan                                    untuk pertimbangan Pihak Berkuasa Negeri .

Langkah kelima : Menyampaikan keputusan permohonan kepada pemohon .

Langkah keenam : Penyediaan memorandum untuk tindakan Pihak Berkuasa                                           Pendaftaran berkenaan . 

Langkah ketujuh : Membuat catitan, pembatalan atau kemasukan didalam                                              dokumen hakmilik . 







No comments:

Post a Comment