Sebelum kerja-kerja pendirian bangunan dimulakan, kelulusan pelan bangunan perlulah terlebih dahulu diperolehi bagi memastikan bangunan yang didirikan adalah mematuhi piawaian dan garis panduan yang telah ditetapkan . Di peringkat ini, permohonan hendaklah dihantar ke Jabatan Bangunan Pihak Berkuasa Tempatan . Seperti juga permohonan kebenaran merancang, permohonan kelulusan pelan bangunan juga perlu dirujuk ke jabatan-jabatan teknikal untuk mendapatkan ulasan dan perakuannya .
Pihak Berkuasa Tempatan akan menimbangkan ulasan dan perakuan dari jabatan-jabatan teknikal yang telah dirujuk dan membawa permohonan berkenaan ke Mesyuarat Majlis Penuh Pihak Berkuasa Tempatan untuk dipertimbangkan . Pihak Berkuasa Tempatan seterusnya memaklumkan keputusan yang dibuat oleh Mesyuarat Majlis Penuh kepada pemohon .
Senarai semak dokumen
permohonan pelan bangunan
1. Surat
permohonan yang ditandatangani oleh pemilik dan arkitek / pelukis pelan
berdaftar / jurutera.
2. Salinan
Borang A
3. Bayaran
fi permohonan pelan bangunan
4. Salinan
resit semasa cukai tanah
5. Salinan
resit semasa cukai taksiran (jika berkaitan)
6. Surat
carian rasmi dan surat hakmilik tanah
7. Surat
/ Sijil Kebenaran Merancang yang sah laku
8. Pelan-pelan
yang disahkan oleh Arkitek / Pelukis Pelan Berdaftar / Jurutera :
i.
Pelan Susun atur (yang
telah lulus)
ii.
Pelan Bangunan
iii.
Pelan Sanitari
iv.
Pelan Konkrit Tetulang
v.
Pelan Jalan dan Parit
vi.
Pelan Cadangan Nama
Jalan
No comments:
Post a Comment